Tuesday, April 12, 2011

Tips Penjagaan Bateri Komputer Riba



Bagi pengguna komputer riba atau laptop, penggunaan bateri adalah satu kemestian jika tiada bekalan elektrik. Adakah anda tahu jangka hayat sesebuah bateri bergantung kepada penggunaan harian anda Untuk memastikan bateri itu boleh digunakan dalam jangka masa yang lama memerlukan anda tahu cara penjagaannya.

1. Charger/AC Power

Jika anda berada dirumah, memang digalakkan untuk anda menggunakan AC Power selain dari menggunakan sumber elektrik yang datangnya dari bateri. Carilah tempat yang berdekatan dengan sumber elektrik sebelum menggunakan laptop.Bila pakai plug, tanggalkan bateri dari laptop.bagi mengelakkan bateri rosak @ kong

2. Kawal Suhu Laptop
Jika anda menggunakan bateri, pastikan suhu laptop anda tidak terlalu panas. Jika suhu laptop anda terlalu tinggi/panas, ini akan menyebabkan kipas dibahagian bawah laptop anda berpusing lebih pantas daripada biasa.

3. Tambah RAM


Kekurangan RAM juga boleh menyebabkan jangka masa penggunaan bateri berkurang. Ini kerana jika RAM mengalami ‘Low Amount’, CPU akan membuat satu virtual memory didalam hard disk. Jika CPU perlu mengakses virtual memory yang terdapat didalam hard disk tersebut, ia memerlukan sumber kuasa yang banyak.

4. Guna Hibernation Mode

Jika anda mahu meninggalkan laptop anda dalam keadaan terpasang, saya cadangkan anda guna Hibernation Mode. Jika anda hanya melakukan Standby, penggunaan kuasa lebih banyak jika dibandingkan semasa laptop didalam keadaan Hibernate.

5. Kurangkan Kecerahan Skrin


LCD screen dan hard disk adalah komponen yang menggunakan kuasa elektrik paling banyak jika dibandingkan dengan komponen lain. Matikan skrin LCD anda jika tidak menggunakannya. Selain itu, anda boleh mengurangkan kecerahan skrin tersebut melalui kekunci tambahan yang terdapat pada laptop. Ia akan mengurangkan penggunaan bateri dan dapat menjaga mata anda juga.

6. Kurangkan Penggunaan Hardware Dalaman


Ianya adalah peranti bluetooth, wireless, dan infrared. Jika tak guna, matikan. so, jimat sikit bateri. Boleh pakai lama.

7. UnPlug Peranti Luaran (External Device)


Penggunaan external hard disk, USB drive, USB keyboard dan USB mouse, adalah salah satu punca yang mempercepatkan lagi pengurangan kuasa bateri. Jadi, kalau nak guna dalam jangka masa yang lama, unplugkan ia. Kalau boleh mouse tue, tak payah la cucuk, pakai touchpad je.

8. Matikan Aplikasi Yang Tidak Perlu
Ini yang terakhir dan memang penting. Pastikan anda matikan aplikasi yang tidak digunakan untuk mengurangkan bebanan kepada CPU. Lebih banyak bebanan CPU, lebih banyak kuasa bateri digunakan. Bermain permainan yang memerlukan grafik, audio, RAM, dan kekunci harus dielakkan semasa dalam mode bateri.

Diharap tips ini dapat memanjangkan jangka masa bateri dan prestasi bateri tersebut
.


sekadar berkongsi

2 berkata-kata:

kindergartenlibrary said...

Nanti nak bagi mak nelly baca .,hehehe

tq ^^

farez said...

hehe..boleh sje..=)