Monday, October 3, 2011

Rahsia berwuduk

Assalamualaikum..
hari ni nak kongsi ilmu mengenai wuduk..
tadi ada tengok dekat tv ,cerita fattbiouni..
terfikir nak tulis pasal wuduk ni..jom kita baca.moga-moga bermanfaat untuk semua..

BERWUDUK

Sunnah Nabi S.A.W berwuduk yang pertama ialah dengan mengadap Kiblat. Kedua membaca Bismillah. Kerana Nabi S.A.W bersabda: "Tidak sempurna wuduk seseorang apabila tidak dimulai dengan Bismillah"

Dan di sunnahkan membasuh wajah dan anggota badan lain melebihi 3kali

Dari Abu Hurairah r.a. berkata:"Saya mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: Sesungguhnya umatku akan dipanggil pada hari kiamat dalam keadaan bercahaya wajahnya dan amat putih bersih tubuhnya dari sebab bekas-bekas berwuduk. Maka barangsiapa yang mampu di antara kamu semua hendak memperpanjang(menambahkan) cahayanya, maka hendaklah dia melakukannya," (Muttafaqun 'alaih)


Dari Abu Hurairah r.a. berkata:"Saya mendengar kekasihku (Muhammad) S.A.W. bersabda : "Perhiasan-perhiasan orang mukmin(pada hari kiamat kelak) sesuai dengan anggota yang dicapai oleh wuduk." (H.R.Muslim)

Dari Usman bin Affan r.a. berkata Rasulullah S.A.W. bersabda: "Barangsiapa yang berwuduk kemudian dia memperbaguskan wuduknya, maka keluarlah kesalahan-kesalahannya dari tubuhnya sehingga keluarnya itu sampai dari bawah kuku-kukunya." (H.R.Muslim)


dan doa yang terdapat pada gambar itu..barangsiapa yang membacanya selepas berwuduk,dibukakannya 8buah pintu-pintu Syurga dan masuklah kepintu-pintu mana yang dikehendakinya..

Kita dianjurkan untuk sentiasa berwuduk dan harus bagi kita untuk merebut peluang ini..

Betapa agungnya pengajaran Nabi Muhammad S.A.W..hanya yang harus kita lakukan adalah mengikuti,mengamalkan,mencontohi dan mengambil petunjuk supaya boleh mendapat hidayah sehingga kita boleh meningkat dan boleh meraih kecintaan Allak S.W.T..


Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (A-li'Imraan 3:31)

sekadar berkongsi

0 berkata-kata: