Thursday, April 17, 2014

Prospektus Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)

 Assalamualaikum. sebelum ini ada kongsi mengenai hebahan pengagihan dividen interim AHB. jadi sekarang saya kongsikan maklumat / prospektus AHB ini secara ringkas.




Nama dana : Amanah Hartanah Bumiputera ( AHB / Dana)

Penaja : Pelaburan Hartanah Berhad (PHB)

Pengurus : Maybank Asset Management Sdn. Bhd.

Pemegang Amanah : AmanahRaya Trustees Berhad



Harga seunit : RM1.00

Kelayakan : 
 (i) Bumiputera Malaysia :
                
           (a)    Akaun Dewasa (18 tahun dan ke atas)
           (b)   Akaun Remaja ( bagi pemohon bawah umur / kanak-kanak berumur 3 bulan tetapi 
                          dibawah usia 18 tahun di bawah nama penjaga yang sah. Kedua-dua penjaga yang sah
                          mestilah bumiputera Malaysia )
     
 (ii) Institusi-institusi Bumiputera
 (iii) Lain-lain yang ditetapkan dalam surat ikatan

Caj jualan : Pada masa ini, pengurus tidak mengenakan apa-apa caj jualan apabila anda membeli unit-unit dana ini

Caj belian : Pada masa ini, pengurus tidak mengenakan apa-apa caj belian apabila anda membeli unit-unit dana ini

Pelaburan permulaan minimum :
                   (i) indivdu dengan tunai – 500 unit
                  (ii) individu di bawah skim pelaburan ahli KWSP – 1000 unit
                 (iii) institusi bumiputera – 250 000 unit

Pelaburan maksimum :
                   (i) individu – 400 000 unit
                  (ii) institusi bumiputera – sehingga 50 % daripada saiz dana tersebut

Pelaburan tambahan minimum :
                   (i) individu – 100 unit
                  (ii) individu di bawah skim pelaburan ahli KWSP – 1000 unit
                 (iii) institusi bumiputera – akan ditentukan oleh pengurus dan penaja

Keperluan baki minimum : 

pemegang unit diperlukan untuk mengekalkan baki minimum 500 unit ( atau 1000 unit jika dibawah skim pelaburan ahli KWSP)

Pembelian balik :
                 (i) individu – 500 unit
                (ii) institusi bumiputera - akan ditentukan oleh pengurus dan penaja.

Kekerapan belian balik unit : sekali dalam sebulan

Hak masa bertenang : tiada

 pelaburan patuh syariah

tempoh kewangan : setiap 6 bulan berakhir. 31 mac dan 30 september. agihan selalu dibuat pada 
                                bulam seterusnya dan bergantung kepada pengurus dan penaja.

maklumat dividen interim 2014 mac : klik sini

sekadar berkongsi

0 berkata-kata: