Showing posts with label Saya. Show all posts
Showing posts with label Saya. Show all posts

Thursday, April 3, 2014

did you miss me?

assalamualaikum.

dah lama menyepi. so now i'm feel like want to write again but maybe in another style.

the rise of  farez !!

fin

sekadar berkongsi

Sunday, May 13, 2012

Demi Masa




Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Albaraa' bin Aazib r.a. berkata: "Kami bersama Nabi Muhammad s.a.w keluar menghantar jenazah seorang sahabat Anshar, maka ketika sampai kekubur dan belum dimasukkan dalam lahad, Nabi Muhammad s.a.w duduk dan kami duduk disekitarnya diam menundukkan kepala bagaikan ada burung diatas kepala kami, sedang Nabi Muhammad s.a.w mengorek-ngorek dengan dahan yang ada ditangannya, kemudian ia mengangkat kepala sambil bersabda: "Berlindunglah kamu kepada Allah dari siksaan kubur.". Nabi Muhammad s.a.w mengulangi sebanyak 3 kali."

Lalu Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Sesungguhnya seorang mukmin jika akan meninggal dunia dan menghadapi akhirat (akan mati), turun padanya malaikat yang putih-putih wajahnya bagaikan matahari, membawa kafan dari syurga, maka duduk didepannya sejauh pandangan mata mengelilinginya, kemudian datang malaikulmaut dan duduk didekat kepalanya dan memanggil: "Wahai roh yang tenang baik, keluarlah menuju pengampunan Allah dan ridhaNya."

Nabi Muhammad s.a.w bersabda lagi: "Maka keluarlah rohnya mengalir bagaikan titisan dari mulut kendi tempat air, maka langsung diterima dan langsung dimasukkan dalam kafan dan dibawa keluar semerbak harum bagaikan kasturi yang terharum diatasbumi, lalu dibawa naik, maka tidak melalui rombongan malaikat melainkan ditanya: "Roh siapakah yang harum ini?" Dijawab: "Roh fulan bin fulan sehingga sampai kelangit, dan disana dibukakan pintu langit dan disambut oleh penduduknya dan pada tiap-tiap langit dihantar oleh Malaikat Muqarrbun, dibawa naik kelangit yang atas hingga sampai kelangit ketujuh, maka Allah berfirman: "Catatlah suratnya di illiyyin.

Kemudian dikembalikan ia kebumi, sebab daripadanya Kami jadikan, dan didalamnya Aku kembalikan dan daripadanya pula akan Aku keluarkan pada saatnya." Maka kembalilah roh kejasad dalam kubur, kemudian datang kepadanya dua Malaikat untuk bertanya: "Siapa Tuhanmu?" Maka dijawab: Allah Tuhanku. Lalu ditanya: "Apakah agamamu?" Maka dijawab: "Agamaku Islam" Ditanya lagi: "Bagaimana pendapatmu terhadap orang yang diutuskan ditengah-tengah kamu?" Dijawab: "Dia utusan Allah". Lalu ditanya: "Bagaimanakah kamu mengetahui itu?" Maka dijawab: "Saya membaca kitab Allah lalu percaya dan membenarkannya" Maka terdengar suara: "Benar hambaku, maka berikan padanya hamparan dari syurga serta pakaian syurga dan bukakan untuknya pintu yang menuju kesyurga, supaya ia mendapat bau syurga dan hawa syurga, lalu luaskan kuburnya sepanjang pandangan mata."

Kemudian datang kepadanya seorang yang bagus wajahnya dan harum baunya sambil berkata: "Terimalah khabar gembira, ini saat yang telah dijanjikan Allah kepadamu." Lalu bertanya: "Siapakah kau?" Jawabnya: "Saya amalmu yang baik." Lalu ia berkata: Ya Tuhan, segerakan hari kiamat supaya segera saya bertemu dengan keluargaku dan kawan-kawanku."

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Adapun hamba yang kafir, jika akan meninggal dunia dan menghadapi akihirat, maka turun kepadanya Malaikat dari langit yang hitam mukanya dengan pakaian hitam, lalu duduk dimukanya sepanjang pandangan mata, kemudian datang Malaikulmaut dan duduk disamping kepalanya lalu berkata: "Hai roh yang jahat, keluarlah menuju murka Allah." Maka tersebar disemua anggota badannya, maka dicabut rohnya bagaikan mencabut besi dari bulu yang basah, maka terputus semua urat dan ototnya, lalu diterima akan dimasukkan dalam kain hitam, dan dibawa dengan bau yang sangat busuk bagaikan bangkai, dan dibawa naik, maka tidak melalui malaikat melainkan ditanya: "Roh siapakah yang jahat dan busuk itu?" Dijawab: "Roh fulan bin fulan." dengan sebutan yang amat jelek sehingga sampai dilangit dunia, maka minta dibuka, tetapi tidak dibuka untuknya. Kemudian Nabi Muhammad s.a.w membaca ayat: "Laa tufattahu lahum abwabus samaa'i, wala yad khuluunal jannata hatta yalijal jamalu fisamil khiyaath." (Yang Bermaksud) "Tidak dibukakan bagi mereka itu pintu-pintu langit dan tidak dapat masuk syurga sehingga unta dapat masuk dalam lubang jarum."

Kemudian diperintahkan: "Tulislah orang itu dalam sijjin." Kemudian dilemparkan rohnya itu bagitu sahaja sebagaimana ayat "Waman yusyrik billahi fakaan nama khorro minassama'i fatakh thofuhuth thairu au tahwi bihirrihu fimakaanin sahiiq." (Yang bermaksud) "Dan siapa mempersekutukan Allah, maka bagaikan jatuh dari langit lalu disambar helang atau dilemparkan oleh angin kedalam jurang yang curam."

Kemudian dikembalikan roh itu kedalam jasad didlam kubur, lalu didatangi oleh dua Malaikat yang mendudukkannya lalu bertanya: ""Siapa Tuhanmu?" Maka dijawab: "Saya tidak tahu". Lalu ditanya: "Apakah agamamu?" Maka dijawab: "Saya tidak tahu" Ditanya lagi: "Bagaimana pendapatmu terhadap orang yang diutuskan ditengah-tengah kamu?" Dijawab: "Saya tidak tahu". Maka terdengar suara seruan dari langit: "Hamparkan untuknya dari neraka dan bukakan baginya pintu neraka, maka terasa olehnya panas hawa neraka, dan disempitkan kuburnya sehingga terhimpit dan rosak tulang-tulang rusuknya, kemudian datang kepadanya seorang yang buruk wajahnya dan busuk baunya sambil berkata: "Sambutlah hari yang sangat buruk bagimu, inilah saat yang telah diperingatkan oleh Allah kepadamu." Lalu ia bertanya: "Siapakah kau?" Jawabnya: "Aku amalmu yang keji." Lalu ia berkata: "Ya tuhan, jangan percepatkan kiamat, ya Tuhan jangan percepatkan kiamat."

Kitab: Tanbihul Ghafilin



sekadar berkongsi

Friday, July 15, 2011

Selamat Hari Lahir !

Assalammualaikum semua..
selamat sejahtera..

Ape khabar?
semoga sihat sentiasa di hari jumaat ni yer..=)

ok..hari ni nak kongsi sedikit kenangan-kenangan manis saya..hehe..tapi kpd sesiapa yg tak suka,boleh abaikan post ni..okey..=)


kelmarin ..14/7/2011 merupakan hari lahir saya..
saya ingat orang cuma ucapan kan "selamat hari lahir " sahaja,sebab orang tak pernah  sambut hari lahir saya macam orang lain..ada kek la,belon..,Saya cuma buat kenduri ,bagi nasi kt kawan2..tapi kelmarin,,,memang tak duga..hehe..
kawan-kawan sambut hari lahir saya..

wah..best!!
it was first time in mylife..hehe ( try speaking sikit)



sedar-sedar,saya dah cukup 17tahun dah..cepatnya masa berlalu..umur pun dh semakin pendek..harap dgn umur yang saya ada ,saya dapat menggunakannya untuk kejalan yg diredhai-Nya.

kpd kawan-kawan yang sambut hari lahir saya (maaf tak nak mention nama takut ada yg tertinggal nanty kcik aty) :
saya nak ucapkan terima kasih sangat2..sayang korang semua..=)
dan tak dilupakan kepada kawan2 di facebook ,thankyou so much..!!

nota kaki: dapat PLKN

wasalam..=)
sekadar berkongsi

Friday, July 8, 2011

Pemenang Contest Kami Kaki Blogging

Assalamualaikum semua..dan salam sejahtera kpd yg bukan Islam
selamat hari jumaat..semoga kita diberkti oleh-Nya..

alhamdulillah..saya memilih hari jumaat yang mulia ini untuk mengumumkannya..
Dengan ucapan Bismillah, bertepatan pada tarikh 6 syaaban 1432..
saya mengumumkan pemenang nya ialah


Lyssa Faizureen
pemilik blog    http://www.lyssasecret.com/
saya mengambil masa lebih kurang seminggu untuk mengumumkan pemenang kerana sibuk menyiapkan tugasan seni untuk SPM..harap maaf ya...=)

saya memohon maaf kepada yg tidak menang,,bagi saya..
Anda semua tetap kaki blogging dan geng blogger tak kira menang atau tidak..
Terima kasih atas penyertaan anda semua dan saya amat-amat menghargai nya..

sekadar berkongsi

Saturday, June 25, 2011

Result Exam

Assalamualaikum semua..
apa khabar?harap sihat la yer..amin..
alhamdulillah....

hari ni saya dh sihat tapi tak sepenuhnya lagi..
bersyukur jugak saya dengan result exam mid year saya..walaupun tak seberapa,tapi alhamdulillah..tak sia-sia saya belajar siang malam..tapi itu belum memuaskan hati saya lagi..pra spm dah nak dekat..saya mesti fokus sepenuhnya..hope ilmu yang saya belajar diberkati Allah...
moga-moga saya berjaya dalam pelajaran dan peperiksaan serta berjaya di dunia dan akhirat..amin..
nota tangan : kpd yg nak hadapi peperiksaan tu, study elok2 ya..good luck..may god bless you..=)

sekian ..

wasalam......

sekadar berkongsi

Saturday, June 4, 2011

New Contest : Kami Kaki Blogging !

Assalamualaikum semua..
hai semua..contest smlm saya ganti dengan contest ni..nampak mudah dan simple lagi..hope dapat sambutan


cara-cara:
  • buat satu entry mengenai contest ni
  • linkkan kepada blog saya
syarat-syarat:
  • tag kepada 3blogger dan pastikan dia tahu
  • tinggalkan link penyertaan pada comment di blog saya
  • peserta mesti lah memfollow dan like pada fan page kerana memudahkan info-info terkini disampaikan
  • keputusan juri adalah muktamad

hadiah:

RM50+misteri -sama ada cash atau topup
tarikh tutup penyertaan 2 Julai 2011

Mari Ramai-Ramai Join !!!

sekadar berkongsi

Friday, June 3, 2011

Permulaan yang baru

Assalamualaikum..
Hai semua..


sudah lama saya nanti kan untuk sampai ke tahap ini..edit dan edit dan jadi lah macam ni..cantik tak?hehe..baru bersemangat nak updated blog..dah banyak kali tak updated ,macam-macam yang berlaku yang menghalang..Sabor je lar..

setakat ni sahaja.
wasalam

baru lega dari demam =p

sekadar berkongsi

Sunday, May 29, 2011

KL GANGSTER

Pengarah

 
Penulis:
:
(Lakon layar)
:
(Cerita Asal)
Lakonan:
:
Shark (Pelakon Utama)
:
King (Pelakon Pembantu)
:
Malek (Pelakon Pembantu)
:
Jai (Pelakon Pembantu)
:
Fadil (Pelakon Pembantu)
:
Zati (Pelakon Pembantu)
:
(Pelakon Pembantu)
:
(Pelakon Pembantu)
Krew:
:
(Pengarah Fotografi)
:
(Pengarah Seni)
:
(Pembantu Pengarah)
:
(Penyunting)
:
(Penyunting)
:
(Pengurus Produksi)
Penerbit:
:
(Penerbit)
 
Bahasa : Bahasa Melayu
kategori : Filem Cereka
Genre : Aksi
Tarikh Tayangan : 09 Jun 2011
Durasi : 81 min
Audio : Dolby
Format : 35mm  
Sinopsis:

Mengisahkan dua beradik yang telah terjebak di dalam dunia gangster, seorang bernama Malek dan seorang lagi Jai. Si abang iaitu Malek telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark anak tiri kepada King, iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL. Bagi Malek setelah dibebaskan beliau ingin mengubah persepsi kehidupan serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap.
Menjalani rutin kehidupan biasa sambil menjaga ibunya yang dah tua tapi sebagai bekas banduan yang dipandang serong oleh masyarakat adalah agak sukar dia menjalani kehidupan seperti biasa. Beliau sering diganggu oleh gangster-gangster lain yang masih berdendam dengan beliau sehingga King tampil menghulurkan bantuan untuk Malek memulakan kehidupan baru. King mengarahkan orangorangnya supaya tidak menganggu kawasan Malek dan ini amat tidak disenangi oleh anak tirinya Shark yang ingin menjadi "Raja" di KL ini. Berlainan pula dengan kehidupan adiknya yang masih hanyut dibuai kemewahan hidup di dalam dunia gangster.
Bagi Jai kemewahan hidup adalah segalanya dan ini hanya boleh dicapai dengan dunia hitam yang diceburinya sekarang. Dia sanggup melakukan apa saja demi wang dan kuasa. Jai antaraorang kuat Shark dalam apa saja misi yang Shark lakukan. Jai lah orangnya yang akan tampil ke depan untuk merealisasikan apa jua yang diarahkan Shark. Sayap Shark semakin berkembang. Tapi dengan kemunculan Malek, Shark terasa semakin tergugat. Beliau terasa tercabar. Berbagai cara dilakukan untuk menjatuhkan Malek tetapi sentiasa dipatahkan oleh ayah tirinya King yang sering membela Malek yang dianggap sebagai sahabat.
King kurang senang dengan karenah Shark yang sentiasa mencetuskan perbalahan yang membabitkan kumpulan-kumpulan gelap yang lain. Ini membuatkan hubungan anak beranak ini semakin dingin. Kerana tamakan kuasa Shark mula berdendam dengan ayahnya beserta Malek. bagi Shark, Maleklah punca segalanya. Dengan itu, Shark mengarahkan Jai untuk menghapuskan abangnya. Disinilah bermula konflik diantara saudara dan kesetiaan keluarga dan kumpulan... Nyawa atau harga diri. Dimanakah penghujung pertempuran mereka...segala-galanya akan terjawab dalam "KL GANGSTER".


ni trailer dia

fuh..memang filem ni yg sy nanti2 kan..haha..xsabar nk tonton..ok lah..nanti pakat ramai2 serbu ok pada 9 jun 2011..layan.....

ape macam bro,cuti panjang best?

sekadar berkongsi

Lamanya..

Assalamualaikum semua..
ape khabar?lama dah tak updated blog..
maklum la.minggu lpas exam lagi so xbrapa rajin nak updated sebab tak dak masa.
aduh..rasa lain pulak bila dah lama tak updated..kepada follower saya yg saya tak balas follow,sabar ya.dalam masa terdekat saya balas..dan kepada pengunjung blog saya,terima kasih..saya akan kunjung kembali nanti..sabar ya.

fuh lega..sekarang dh cuti meskipun ada klas tmbahan..kurang tension sikit.


ok..hari ni pergi tengok kung fu panda 2.best jugak..and first time tgk 3d punya.haha..waktu la..mulus tebal..hehe..tak sabar nak tgk kl gangster..hehe


ok setakat ni sahaja buat masa ni..
wasalm..

p/s : jeles tengk blog org cantik2..huhu

CUTI SUDAH HABIS BRO

sekadar berkongsi

Wednesday, May 18, 2011

PIKOM PC FAIR 2011


Assalamualaikum semua
Hari ni saya nak kongsi sedikit maklumat
mengenai apa yg saya baca iaitu Pikom Pc Fair 2011 utk second round
maklumat nya saya peroleh di website ini [link]

ok ni screen shoot mengenai jadual yang dikeluarkan oleh pikom..sama-sama kita lihat ya.

klik gambar utk paparan lebih jelas

jadual sudah dilihat..so apa lagi jom pergi memeriahkan pc fair anjuran pikom tersebut..sama-sama kita serbu ok..pasti wang mencukupi dan jangan terlebih bebelanja pulak...nanti ada yang makan maggi tiap-tiap hari..hehe..

sekian,
wasalam

sekadar berkongsi

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru


Assalamualaikum semua,
hai..harap sihat2 belaka ya..!!
hari ni seperti yang di ketahui merupakan hari guru dengan tema nya pada tahun ini ialah

Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara


ok..harapan saya guru-guru di malaysia ini menjadi guru-guru yg gigih mengajar dan sabar melayan kerenah pelajar..jadi lah guru yang bersikap prihatin kepada anak murid nya seperti dlm cerita Great Teacher Onizuka.(peminat drama GTO).hehe.dan saya tak lupa untuk mengucapkan selamat hari guru kepada guru-guru yg pernah mengajar saya..TERIMA KASIH CIKGU !!

sekian,
wasalam..

sekadar berkongsi

Saturday, May 14, 2011

NEW LOOK !!

Assalamualaikum semua...
hai apa khabar?
lama tak updated blog sebab bussy dengan exam..ada lagi 2 minggu yg perlu diharungi sebelum cuti semester..
ok hari ni saya just nak tunjuk blog saya ni jer..edit punya edit..maka jadi lah macam ni..hehehe..
harap korang semua suka dan bila dah suka..faham2 je ler..follow ler..hehe..=p


ok..setakat itu sahaja buat masa ni..ada masa saya updated lagi..
bye2...
wasalam

sekadar berkongsi

Monday, May 9, 2011

Study Oh Study !!

Assalamualaikum semua..
hai ape khabar semua??
harap sihat sentiasa hendak-Nya..
hari ni balik awl sbb ada perlawanan softball..tak tahu la menag ke kalah..whatever la.haha..
and hari ni jugak hari last sebelum exam pertengahan tahun..
aduh..study macam mana ni..baru baca sikit2 je..hope sempat lah..hehe.. korang semua jgn tiru macam sy ya..sy suka study last minute sbb senang ingat..hope dpt kikis sifat ni..sbb bhya..ape pun..cara belajar,bergantung kepada diri masing2..ANDA tahu apa TERBAIK.
harap2 dapat buat yg terbaik..hehe..=)..
 all the best yeah..


setakat ini sahaja yg nak tulis buat masa sekarang..tulis panjang2 nanty tak ada sapa2 nak baca pulak..=p
wasalam..
sebenarnya...tak tahu nak tulis ape dah..ketandusan idea..=p

sekadar berkongsi

Saturday, May 7, 2011

EXAM sudah tiba

Assalamualaikum semua..

huhu..sedih ..exam pertengahan tahun dah dekat sgt2..
kurang prepare..
pe pun..sy mesti usaha..never give up..
msti berusaha..maklum la SPM dah dkt..huhu
kpd sesiapa yg juga bakal mengambil exam minggu depan..
sy ucapkan good luck yer..all the best..ok.

wasalam..
selamat mlm

sekadar berkongsi

Thursday, May 5, 2011

Bussy bebenOr yer

Assalamualaikum semua..
hi..harap sihat belaka ya..
dah dua hari tak updated..
aiyoyo..haha.bussy sikit sekarang..
 minggu ni sibuk dgn game softball..
walaupun xmenang..tapi best sbb dapat jugak main..
hehe..
ok ler..
setakat ini sahaja..bye

wasalam...

exam week dah dekat...huhhu..=(

sekadar berkongsi

Monday, May 2, 2011

Follower ke-200

Assalamualaikum semua..
Ape khabar?harap sihat2 belaka ya..maklum la,hari ni kan cuti..hehe..
ok..hari ni sy nak ucapkan terima kasih kpd follower sy dan bkn hari ni sahaja..hari2 terima kasih..hehe.sja memanjangkan ayat..dah tak tahu nk tulis ape dah..

ok..sedar tak sedar,dh ada follower 200..tapi kalau banding dgn org lain..huhu..kalah sy..tapi tak pe lah,sebagai nak menghargai follower sy,sy memlih follower ke 200 utk menerima award dia..eh.macam anugerah bintang popular pula ,yg nak bagi award..haha..whatever lah


ok..setakat itu sahaja..terima kasih..
wasalam

sekadar berkongsi

Sunday, May 1, 2011

SELAMAT HARI PEKERJA

Assalamualaikum semua..
Harap sihat sentiasa..

ok..hari ini saya nak ucap kan selamat hari pekerja kepada semua pekerja2 di malaysia ( seronok nya cuti .hehehe.)setelah korang semua penat bekerja,akhir nya korang dapat juga cuti yer..luangkan masa yg FREE ini dgn perkara2 yg berfaedah yer..selamat bercuti

sekadar berkongsi

Saturday, April 30, 2011

Siapa lah dia

Assalamualaikum semua..
selamat malam..

malam ni nak citer sikit..tapi xberapa best sgt ler sbb sy baru nak dapat..orang lain dah lama dapat..
huhu..sedih2..xpe ler..Sabor je ler..nanti banyak la tu..
ok..ape yg di maksud oleh sy ialah follower sy dh nak dekat 200..best buat diri sy..haha..tp kalau nak bandingkan dengan orang lain..huhuhu..kecil nya sy ini..tp xpe ler..never give up..ok
ok..tu saja ler nak khabar kan.sja buat kacau malam2 ni..hehe..

ok..selamat malam

wasalam..=)

sekadar berkongsi

Wednesday, April 27, 2011

Malam ini

Assalamualaikum semua..

malam ni just entry ringkas sebab sibuk merepair laptop org..
lepas tu dgn kelas malam lagi..
mujur la ada masa sedikit untuk di curi untuk menulis blog..
haha..apa la yg di merepek kan ni..

ok..setakat itu sahaja malam ini..

SELAMAT MALAM

sekadar berkongsi

Monday, April 25, 2011

Kem JatiDiri Projek Jejak Kampus UniMAP

Assalamualaikum semua..=)
harap semua sihat..

fuhh..dah 3hari tak update blog..
semua ni sebab sy pergi kem anjuran UniMAP
TERIMA KASIH UNIMAP

ok...hAri ni nak cerita pasal kem je ler..hehe
ok..kem ni bertempat di Dusun Minda Resort,Kuala Nerang,Kedah bersebelahan Kem PLKN
fuh..kem ni memang best lah..TERBAIK ..
mana tidak nya,aktiviti best2 makan sedap2..
ni lah kem yg paling best yg pernah sy pergi
kredit kpd Datin Apple



ok..setakat itu sahaja buat hari ini..nak rehat jap..
wasalam

cerita lebih lanjut di sini link
Terima kasih UniMAP !!!

sekadar berkongsi