masjid al-aqsa -klik pada gambar utk lebih besar |
masjid an-nabawi - klik pada gambar utk lebih besar |
Ahlan wahsahlan 12 Rabi'ul Awal 1433 hijrah
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
->Khabar Kepada Yang Mencintai Rasulullah S.A.W
*Dari Abu Musa Al-Asy'ari r.a. bahawa Nabi S.A.W. bersabda: "Seseorang itu akan bersama-sama dengan orang dicintainya." (Muttafaqun'alaih)
Dalam riwayat lain disebutkan: "Ada seseorang menanyakan kepada Nabi S.A.W tentang seseorang yang mencintai sesuatu kaum tetapi dia belum pernah bertemu dengan mereka; maka beliau menjawab: "Seseorang itu akan bersama-sama dengan orang yang dicintainya itu (nanti di akhirat).
*Dari Anas r.a. bahawa ada Seorang Badui bertanya kepada Rasulullah S.A.W.: "Bilakah hari kiamat itu tiba?" Rasulullah S.A.W. bertanya kepadanya: "Apakah yang sudah kamu persiapkan untuk menghadapinya?" Orang Badui itu menjawab: "Mencintai Allah dan Rasul-Nya." Rasulullah S.A.W bersabda: "Kamu akan bersama dengan orang yang kamu cintai." (Muttafaqun'alaih)
Dalam riwayat lain disebutkan; "Saya tidak mempersiapkan diri untuk menghadapi hari kiamat itu dengan memperbanyakan puasa,solat dan sedekah tetapi saya mencintai Allah dan Rasul-Nya."
*Dari Anas r.a. bahawa Nabi S.A.W bersabda: "Ada tiga perkara di mana orang yang memilikinya akan merasakan manisnya iman iaitu; mencintai Allah S.W.T dan Rasul-Nya melebihi segala-galanya,mencintai seseorang hanya kerana Allah S.W.T,dan enggan unutuk kembali kafir setelah diselamatkan oleh Allah S.W.T daripadanya sebagaimana dia enggan dilemparkan ke dalam api." (Muttafaqun'alaih)
->Ganjaran Kepada Ahli Selawat
*Dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash r.a. bahawa dia mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: "Barangsiapa yang membaca satu kali selawat untukku maka Allah akan menurunkan sepuluh rahmat kepadanya." (H.R.Muslim)
*Dari Ibnu Mas'ud r.a. bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda: "Manusia yang paling dekat dengan aku nanti pada hari kiamat ialah mereka yang paling banyak membaca selawat untukku." (H.R.Tirmizi dan dia mengatakan bahawa ini adalah hadith hasan)
->Ancaman Kepada yang Tidak Berselawat
*Dari Abu Hurairah r.a. berkata,Rasulullah S.A.W bersabda: "Sungguh hina orang yang mendengar namaku disebut kemudian dia tidak membacakan selawat untukku." (H.R.Tirmizi dan dia mengatakan bahawa ini adalah hadith hasan)
Sumber hadith : kitab Riyadus Solihin
0 berkata-kata:
Post a Comment