Assalamualaikum semua..
pertama sekali
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
Terus terang saya katakan adakah kita merindui Nabi Muhammad SAW setiap hari?
Atau kita hanya merasa rindu ketika sambutan Maulid Nabi?
Hari ini berapa kali kita berselawat keatas Rasulullah S.A.W?Fikir-fikirkan.
Mari kita renungi sebuah kisah yang menunjukkan betapa baginda amat merindui kita iaitu umat akhir zaman.
Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar.
Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.
Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai.
Wajahnya yang tenang berubah warna.
"Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.
"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.
"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula.
Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.
Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan 'ikhwan' baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.Kemudian baginda bersuara, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."
"Malaikat," jawab sahabat.
"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.
Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi."
"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."
"Mungkin kami," celah seorang sahabat.
"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.
"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.
"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.
Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.
Adakah kita mencintai Nabi Muhammad S.A.W seperti mana Rasulullah S.A.W merindui kita?...muhasabah diri kita..
Adakah tingkah laku kita mengikut syariat Agama dan mengikut Sunnah Nabi Muhammad S.A.W ?..
Adakah kita layak menjadi orang yg di rindui Rasulullah S.A.W..?setelah banyak dosa yang telah dilakukan..renungkan sejenak..kembalilah kepada landas Islam sebenar..
sumber kisah : iluvislam
3 berkata-kata:
adik akak!..hehe..akak tag adik..wahh da ramai follower dy..wewitt..hehe..:)
p/s:best semua entry adik..:D
http://sayaygpemalu.blogspot.com/2012/02/giveaway-pertama-2012.html
akak adik!..hehe...sorry baru reply..lama tak buka blog..hehe..tq akak sbb tag adik.. :D
sangat tersentuhh.. :')
Post a Comment