Saturday, June 25, 2011

Allah Menutup Aib Kita

Assalamualaikum semua,
Harap semua sihat...
lama sudah tak ber update blog..dan macam-macam dah berlaku sepanjang tak updated blog.
ok hari ni nak kongsi sedikit ilmu..

Pada zaman Nabi Musa AS, bani Israil ditimpa musim kemarau yang berpanjangan. Mereka pun berkumpul mendatangi Nabi mereka. Mereka berkata, “Ya Kaliimallah, berdoalah kepada Rabbmu agar Dia menurunkan hujan kepada kami”. Maka berangkatlah Musa A.S. bersama kaumnya menuju padang pasir yang luas. Waktu itu mereka berjumlah lebih dari 70 ribu orang. Mulailah mereka berdoa dengan keadaan yang lusuh dan penuh debu, haus dan lapar.
Nabi Musa berdoa, “Ilaahi! Asqinaa ghaitsak.. wansyur ‘alaina rahmatak.. warhamnaa bil athfaal ar rudhdha’.. wal bahaaim ar rutta’.. wal masyaayikh ar rukka’..” Setelah itu langit tetap saja terang benderang, matahari pun bersinar makin menyilau (maksudnya segumpal awan pun tak jua muncul). Kemudian Nabi Musa berdoa lagi, “Ilaahi.. asqinaa”..

Allah pun berfirman kepada Musa, “Bagaimana Aku akan menurunkan hujan kepada kalian sedangkan di antara kalian ada seorang hamba yang bermaksiat sejak 40 tahun yang lalu. Umumkanlah di hadapan manusia agar dia berdiri di hadapan kalian semua. Kerana dialah, Aku tidak menurunkan hujan untuk kalian”.
Maka Musa pun berteriak di tengah-tengah kaumnya, “Wahai hamba yang bermaksiat kepada Allah sejak 40 tahun, keluarlah ke hadapan kami, karena engkaulah hujan tak turun”. Seorang lelaki menjeling ke kanan dan kiri, maka tak seorang pun yang keluar di hadapan manusia, saat itu pula ia sedar kalau dirinya yang dimaksud.
Ia berkata dalam hatinya, “Kalau aku keluar ke hadapan manusia, maka akan terbuka rahsiaku. Kalau aku tidak berterus terang, maka hujan pun tak akan turun”. Maka hatinya pun gundah-gulana, air matanya pun menitis, menyesali perbuatan maksiatnya sambil berkata , “Ya Allah, Aku telah bermaksiat kepadaMu selama 40 tahun, selama itu pula Engkau menutupi aibku. Sungguh sekarang aku bertaubat kepadaMu, maka terimalah taubatku”.
Tak lama setelah pengakuan taubatnya tersebut, maka awan-awan tebal pun muncul, semakin lama semakin tebal menghitam, dan akhirnya turunlah hujan. Musa pun kehairanan, “Ya Allah, Engkau telah turunkan hujan kepada kami, namun tak seorang pun yang keluar di hadapan manusia”. Allah berfirman, “Aku menurunkan hujan kepada kalian oleh sebab hamba yang kerananya hujan tak turun telah bertaubat kepadaKu”.
Musa berkata, “Ya Allah, tunjukkan padaku hamba yang taat itu”. Allah berfirman, “Ya Musa, Aku tidak membuka aibnya sewaktu dia masih bermaksiat kepadaKu, apakah Aku perlu membuka aibnya sedangkan dia taat kepadaKu?

Antara taubat yang tidak diterima Allah ialah, apabila kita menceritakan semula dosa2 yang kita lakukan sedangkan Allah sudah menutupnya dari pengetahuan orang lain.

"Dulu saya pernah buat itu dan ini (perkara dosa) tapi sekarang saya dah taubat.."
selamat beramal...

sekadar berkongsi

6 berkata-kata:

nurul said...

Antara taubat yang tidak diterima Allah ialah, apabila kita menceritakan semula dosa2 yang kita lakukan sedangkan Allah sudah menutupnya dari pengetahuan orang lain.

"Dulu saya pernah buat itu dan ini (perkara dosa) tapi sekarang saya dah taubat.."

Salam..
kalau kita menceritakan kepada orang sebab nak minta nasihat macam mana pula..
(boleh tanya sumber ayat tu..)
thanq -)

farez said...

saya rasa tak mengapa..
tapi kalau cerita utk membangga diri..tak boleh..


Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oIeh Imam Al-Bukhari dan Muslim yang bermaksud:

"Setiap umatku dimaafkan melainkan orang yang terang-terangan dan menunjuk-nunjuk dalam melakukan kemaksiatan (Al-Mujaharah). Dan sesungguhnya termasuk di bawah (Al-Mujaharah) ialah orang yang bangga melakukan kejahatan pada malam hari kemudian pada paginya Allah menyembunyikan keaibannya tetapi dia pula menceritakan kepada orang lain dengan berkata: "Ya Fulan, aku melakukan perbuatan ini dan itu semalam", pada hal ketika dia tidur pada malamnya Allah telah menutup keaibannya tetapi pada keesokannya dia mendedahkan apa yang telah ditutup oleh Allah SWT"

nurul said...

oh..terima kasih..macam mana pula dengan orang lain yang mendedahkan keaiban orang yang melakukan dosa itu pula?

farez said...

“Barangsiapa yang menyingkap aib keburukan atau dosa saudaranya yang Muslim, Allah akan menyingkap keburukannya sehingga dia akan terhina meskipun di rumahnya sendiri.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)daripada Ibnu Abbas. Serta; “Barangsiapa yang mencemuh saudaranya yang Muslim kerana dosa yang pernah dilakukan oleh saudaranya itu, maka orang itu tidak akan mati sebelum melakukan dosa.” (Hadis riwayat al-Tirmizi)daripada Muadz bin Jabal

adalah dibenarkan utk buka aib orang pada empat keadaan iaitu :

1. orang yang dizalimi. Dibenarkan untuk mengadu kepada pihak penguasa terhadap kezaliman yang berlaku.

2. untuk meminta fatwa mengenai hukum hakam. Dibolehkan untuk menceritakan keburukan seseorang tetapi ada baiknya sekadar untuk mengetahui hukum sahaja dan tidak berlebih-lebihan.

3. Memperingatkan orang lain akibat melakukan kejahatan. Boleh dijadikan iktibar kepada seluruh umat Islam.

4. Menceritakan kepada khalayak ramai tentang seseorang yang fasik dan melakukan kemungkaran seperti meminum minuman keras, memeras ugut dan perkara-perkara batil yang lain. Jangan sesekali menokok tambah cerita dan niatkan hanya untuk kebaikan sahaja.

nurul said...

ok..terima kasih..:-)

farez said...

ok..sama-sama..=)