Tuesday, December 13, 2011

Indahnya Kemanisan Iman


Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam:

أوثق عرى الإيمان الحب في الله والبغض فى الله

“Tali iman yang paling kuat adalah cinta kerana Allah dan benci kerana Allah.” (Ibnu Abi Syaibah dalam Mushannaf)
Diriwayatkan daripada Abdullah Ibnu 'Abbas radhiyallahu 'anhuma, beliau berkata:

من أحب فى الله وأبغض فى الله ووالى فى الله وعادى فى الله فإنما تنا ل ولاية الله بذلك ولن يجد عبد طعم الإ يمان وإن كثرت صلاته وصومه حتى يكون كذلك وقد صارت عامة مؤاخاة الناس على أمر الدنيا وذلك لا يجدي على أهله شيئا

“Sesiapa yang mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah, memberi wala’ (kecintaan, kasih-sayang, dan ketaatan) kerana Allah, dan memusuhi kerana Allah, maka sesungguhnya hanya dengan perkara tersebut kewalian (pertolongan dan perlindungan) Allah diperolehi.

Dan seseorang hamba itu tidak akan merasa lazatnya iman, sekalipun banyak solat dan puasanya, sehingga ia melakukan perkara tersebut. Dan telah menjadi umum (lumrah) persaudaraan manusia berdasarkan kepentingan duniawi, yang demikian itu tidaklah bermanfaat sedikit pun bagi para pelakunya.” (Ibnu Rejab, Jami' al-'Ulum wa al-Hikam, m/s. 34 - Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir ath-Thabari dan al-Marwadzi)

Sabda Rasulullah S.A.W.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan Iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya, dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam Api Neraka." (Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sahabat-sahabatku, marilah sentiasa tanamkan dalam hati kita tiga sifat ini (yang tersebut dalam hadis di atas) agar 'kemanisan Iman' itu benar-benar dirasai.
Mengapa perlunya kemanisan Iman? Kerana dengan kemanisan Iman, kita tidak pernah mengeluh dengan keletihan dan kepenatan dalam berdakwah. Dengan kemanisan Iman, kita sentiasa redha dan tawakal dengan semua ujian yang Allah berikan kepada kita. Dengan kemanisan Iman, kita sentiasa bersiap siaga untuk Islam.
Kadang kala, kita terasa penat dan lemah dalam berdakwah. Kadang kala kita merasakan yang kita telah banyak menyumbang untuk Islam tetapi apa yang kita dapat hanyalah keletihan, kesedihan dan sebagainya.

Tetapi ingatlah, kerja dakwah ini bukan kerja dengan manusia tetapi kerja dengan Allah. Dengan kemanisan Iman, hanya kepada Allah kita meletakkan sepenuh pengharapan. Dengan kemanisan Iman, kita akan sentiasa yakin dan percaya dengan 'the hidden blessings' yang Allah janjikan.

Marilah sama-sama kita menuju kepada kemanisan Iman dalam beramal. Mudah-mudahan hati kita sentiasa tenang dan redha dalam menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini.

 Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. (A-li'Imraan 3:102)

sekadar berkongsi

2 berkata-kata:

Sabella Mohamad said...

mudah mudahan sy dpt merasai kemanisan iman . dan kita semua juga ^^

farez said...

insyaAllah..amin..^_^