Friday, September 30, 2011

Manusia Paling Syahid di sisi Allah S.W.T

Assalamualaikum..


Dari Kitab Riyadus Solihin :

 1815.     Dari Abu Sa'id Al-Khudri r.a., Rasulullah  s.a.w. bersabda: "Kelak Dajjal akan muncul,kemudian ada seorang lelaki mukmin ingin mendatanginya,tetapi lelaki itu dihadang oleh pasukan Dajjal. Mereka bertanya kepada lelaki itu :"Mahu ke mana kamu?" Lelaki itu menjawab : "Aku akan mendatangi Dajjal yang telah muncul."

     Mereka bertanya kepada lelaki itu: "Apakah kamu tidak mempercayai Tuhan kami?" Lelaki itu menjawab : "Tuhan kami (Allah) tidak pernah kami ragukan."  Kata mereka: "Bunuhlah orang ini!" Kemudian sesama mereka mengatakan :"Bukankah Tuhan kamu (Dajjal) melarang kamu membunuh seseorang tanpa ada dia di sini?"

    Kemudian mereka membawa lelaki itu kepada Dajjal.Ketika lelaki itu melihat Dajjal,dia mengatakan: "Wahai sekalian manusia,ini adalah Dajjal yang diceritakan oleh Rasulullah."

    Kemudian Dajjal memerintahkan anak buahnya untuk membelenggu lelaki itu.Setelah lelaki itu dibelenggu, Dajjal memberi perintah: "Seksa dia dan belahlah tubuhnya!" Maka,punggungnya dipisahkan dengan perutnya.Kemudian Dajjal bertanya kepada orang yang diseksa itu: "Engkau masih juga tidak mempercayaiku?" Lelaki itu menjawab : "Kamu memang Dajjal,si pembohong besar"

    Kemudian Dajjal menyuruh anak buahnya untuk menggergaji lelaki itu,maka digergajiah lelaki itu di antara kedua pangkal pahanya sehingga tubuhnya terbelah dua. Setelah itu Dajjal berjalan di antara dua belahan tubuh itu. Kemudian Dajjal berkata: "Bangkitlah!"  Maka,tubuh itu bangkit. Dajjal bertanya lagi : "Apakah kamu mempercayaiku?"  Lelaki itu menjawab : "Aku hanya semakin yakin bahawa kamu adalah Dajjal."

   Kemudian lelaki mukmin itu mengatakan : "Wahai sekalian manusia,setelah aku ini,Dajjal tidak lagi menyeksa seseorang."  Kemudian lelaki itu dipegang, kemudian di sembelih oleh Dajjal, tetapi tiba-tiba seluruh lehernya tertutup oleh tembaga, sehingga Dajjal tidak dapat menyembelihnya.

   "Maka, Dajjal memegang kedua tangan dan kaki lelaki itu, kemudian Dajjal melemparkannya. Mereka mengira bahawa lelaki itu dilemparkan ke neraka, tetapi pada hakikatnya dia dilemparkan ke syurga Allah. Itulah orang yang paling syahid di sisi Allah Tuhan semesta alam, (H.R. Muslim)

sungguh hebatnya lelaki itu berjuang di jalan Allah S.W.T..adakah kita tergolong didalam orang yg berjuang di jalan Allah S.W.T??..semoga Allah tetapkan iman dan takwa kita kepada-Nya..amin...

sekian...=)

sekadar berkongsi